Kes jenayah libat murid sekolah rendah meningkat

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes jenayah melibatkan murid sekolah rendah merekodkan peningkatan bagi tempoh lima tahun sejak 2019.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada 2023 jumlah kes jenayah bagi murid sekolah rendah adalah sebanyak 25 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 15 kes.

“Pada 2019 sebanyak 14 kes, 2020 pula enam kes dan enam kes bagi 2021.

“Sementara itu bagi kes jenayah melibatkan pelajar sekolah menengah pula, 2019 merekodkan 92 kes, 46 kes pada 2020, 2021 (68 kes), 2022 (277 kes) dan 2023 (268 kes),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN - Maran) mengenai statistik kes jenayah melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, antara kesalahan jenayah membabitkan pelajar paling tinggi direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah kes curi motosikal, lain-lain kecurian dan mencederakan orang.

“ Walaupun statistik tangkapan membabitkan pelajar sekolah dalam indeks jenayah menunjukkan berlakunya trend penurunan, namun ia masih perlu diberi penekanan dan perhatian,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!