Selamat tinggal 'Rumah Biru' Kampung Baru

'Rumah Biru' yang terkenal kerana seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru selain menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem dan rancangan televisyen dipercayai bakal dirobohkan.
'Rumah Biru' yang terkenal kerana seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru selain menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem dan rancangan televisyen dipercayai bakal dirobohkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] 'Rumah Biru' yang terkenal kerana seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru selain menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem dan rancangan televisyen dipercayai bakal dikosongkan untuk tempoh tiga hingga empat tahun.

Salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah memaklumkan, ini bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya itu, Shafiq berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek tersebut.

“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024.

Shafiq turut memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebooknya
Shafiq turut memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebooknya

“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah kami ini,” katanya di laman sosialnya itu.

Dalam masa sama, Shafiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat rumah itu yang sering menjadi perhatian sebagai lokasi untuk bergambar.

“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar.

Artikel Berkaitan:

“Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Dalam perkongsian berasingan, Shafiq turut terkejut apabila pemintaan pengguna Facebook untuk mengikutinya di laman sosial turut meningkat susulan perkembangan dikongsi awal Jun lalu itu disiarkan beberapa portal berita.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!