'Tiada siapa percaya kami akan tewaskan Portugal'

Pemain Georgia meraikan kejayaan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Foto EPA
Pemain Georgia meraikan kejayaan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Foto EPA
A
A
A

GEORGIA mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Portugal pada awal pagi Khamis, kejayaan bersejarah dalam penampilan pertama pasukan itu di kejohanan antarabangsa utama.

Penyudah menarik Khvicha Kvaratskhelia dan penalti Georges Mikautadze pada minit ke-57 memastikan Georgia meraih kemenangan penuh bermakna dalam sejarah negara itu.

Pasukan kendalian Willy Sagnol itu layak dari Kumpulan F sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga dan berdepan pertembungan mencabar dengan Sepanyol.

“Kami baru mencipta sejarah, tiada siapa yang percaya kami akan berjaya dengan menewaskan Portugal, tetapi inilah sebabnya kami adalah pasukan yang kuat.

"Sekiranya ada satu peratus peluang anda boleh melakukannya jika anda percaya," kata Kvaratskhelia.

Portugal sudah pun layak ke pusingan seterusnya sebagai pemenang kumpulan dan jurulatih Roberto Martinez melakukan lapan pertukaran daripada pasukan yang mengenepikan Turki untuk menjamin kedudukan pertama hujung minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!