Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 Pada jam 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu. Gambar hiasan
Pada jam 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT meneruskan penurunan semalam untuk diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan sentimen kukuh terhadap dolar AS terus menguasai pasaran mata wang, kata pakar ekonomi.

Pada jam 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, yen Jepun dilihat menjadi laporan utama berita apabila dolar-yen melepasi paras 160 yen walaupun laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS hanya akan dikeluarkan pada Jumaat.

"Mata wang utama lain seperti euro, pound British dan dolar Kanada juga rendah berbanding dolar AS, menjadikan Indeks Dolar AS (DXY) lebih tinggi kepada 106.052 mata.

"Nota Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun itu juga kembali dengan hasil meningkat 8.0 mata asas kepada 4.33 peratus. Harga emas semasa susut di bawah AS$2,300 setiap auns ekoran hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9379/9403 daripada 2.9459/9489 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.9555/9600 daripada 5.9722/9779.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 5.0409/0446 daripada 5.0383/0431.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Mata wang domesik kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7623/7766 daripada 12.8007/8185 ketika ditutup pada Rabu, dan stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.4735/4764 daripada 3.4746/4782.

Ringgit lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 287.4/287.9 daripada 287.1/287.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!