KKM rekod hanya 2,823 jururawat lelaki

Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Datuk Lukanisman Awang Sauni.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) berhasrat untuk meningkatkan jumlah bilangan jururawat lelaki selaras dengan proses pemodenan sektor kesihatan dan peranti perubatan yang memerlukan penglibatan golongan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sektor kejururawatan yang didominasi kaum wanita sebenarnya mempunyai ruang luas untuk lelaki.

"Saya menyeru penglibatan pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai sektor kejururawatan bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan," katanya ketika sidang akhbar selepas penyempurnakan Persidangan Kejururawatan Malaysia-Singapura yang ke-27, di sini pada Khamis.

Ujar beliau, ketika ini KKM merekodkan hanya 2,823 jururawat lelaki berbanding 70,653 jururawat sektor awam.

"Mungkin stigma masyarakat masih lagi menggambarkan bahawa pekerjaan ini hanya di kalangan wanita sahaja tetapi di negara maju kita lihat banyak keperluan terhadap jururawat lelaki," jelasnya.

Menurut Lukanisman, melihat kepada potensi besar, Bahagian Kejururawatan KKM menyasarkan penyertaan lelaki daripada empat kepada 10 peratus.

"Kita tidak meletakkan tempoh sasaran tetapi dalam proses ini, kementerian akan manguar-uarkan agar penglibatan jururawat lelaki dapat ditingkatkan.

"Angka ini tidak dapat dicapai dalam masa singkat kerana ia perlukan literasi kesedaran dan memperkenalkan industri kejururawatan ini tidak terarah kepada wanita sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ditanya adakah KKM sedia membuat pengambilan khas bagi meningkat keperluan jururawat lelaki, Lukanisman berkata, ia tidak dapat dilaksanakan kerana pengambilan dibuat berdasarkan meritoktasi dan permohonan.

"Syarat pengambilan juga masih menggunakan kaedah sama bagi lelaki dan wanita," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Lukanisman berkata, seramai 168 jururawat asing telah melepasi tapisan ketat untuk berkhidmat di negara ini.

"Ketika ini mereka dalam proses berkaitan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebaik selesai mereka akan ditempatkan di klinik atau hospital swasta yang memohon," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!