Park Jae-hong lega

Park Jae-hong (tiga dari kiri) bersama pengurusan KDN FC ketika sesi memperkenalkan pemain pasukan itu.
Park Jae-hong (tiga dari kiri) bersama pengurusan KDN FC ketika sesi memperkenalkan pemain pasukan itu.
A
A
A

KEMENANGAN pertama yang diraih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada saingan Liga Super Malaysia 2024/25 melegakan pengendali pasukan, Park Jae-hong.

Menurut Park, pasukan kendaliannya berhak menang selepas menampilkan persembahan baik sepanjang perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

"Memang lega apabila kita akhirnya menang selepas empat perlawanan dan semua pihak berusaha keras untuk mendapatkannya di hadapan penyokong sendiri," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, percaturan pengurusan pasukan menjadi tetapi tiada tambahan jaringan selepas sepakan penalti Oday Kharoub.

"Bagaimanapun, perlawanan itu membanggakan saya kerana pemain membuktikan mereka sebenarnya layak mendapat keputusan seperti ini.

"Pemain cemerlang pada awalnya namun sedikit tenggelam pada saat akhir. Ia sangat sukar tetapi kami berhak mendapat tiga mata yang sangat berharga," katanya.

Pada saingan itu skuad Kijang Emas mencatatkan kemenangan pertama musim ini melalui sepakan penalti Oday Kharoub pada separuh masa pertama.

Jaringan itu adalah satu-satunya gol yang kedudukan kekal sehingga akhir perlawanan walaupun PDRM FC melancarkan asakan bertubi-tubi.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu membolehkan Kelantan Darul Naim FC kembali berada dalam persaingan dan tidak ketinggalan jauh carta Liga Super dalam pungutan mata kepada kelab bersaing yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!