Seleweng gas LPG dalam ladang kelapa sawit

KPDN menyerbu sebuah stor yang dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan LPG secara tidak sah di Sungai Pelek, Sepang pada Rabu.
KPDN menyerbu sebuah stor yang dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan LPG secara tidak sah di Sungai Pelek, Sepang pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Pergerakan keluar masuk lori yang mencurigakan di stor terletak dalam ladang kelapa sawit di Sungai Pelek di sini, membongkar kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG), pada Rabu.

Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, serbuan Ops Tiris 3.0 dilaksanakan pihaknya kira-kira jam 4 petang hasil risikan selama dua minggu.

Katanya, stor yang dipercayai dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan LPG secara tidak sah itu terletak jauh dari kawasan perumahan.

"Operasi ini berjaya menahan lima lelaki terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga Myanmar berusia 35 hingga 45 tahun disyaki berperanan sebagai pemandu dan kelindan lori.

Antara kaedah pemindahan gas LPG yang digunakan sindiket bagi penyelewengan bahan subsidi itu.
Antara kaedah pemindahan gas LPG yang digunakan sindiket bagi penyelewengan bahan subsidi itu.

"Serbuan bertindak merampas sebuah lori lima tan, 38 tong gas LPG bersaiz 14 kilogram (kg), 98 tong gas LPG bersaiz 50 kg serta 118 tong gas LPG bersaiz 12 kg yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM100,000," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, KPDN turut menemui peralatan seperti hos penyambung dan tong yang berisi ais dipercayai digunakan dalam aktiviti pemindahan LPG daripada tong bersubsidi bersaiz 14 kg kepada tong LPG 50 kg yang tidak bersubsidi bagi kegunaan industri.

Artikel Berkaitan:

Stor yang dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan LPG secara tidak sah di Sungai Pelek, Sepang.
Stor yang dijadikan tempat pengumpulan dan pemindahan LPG secara tidak sah di Sungai Pelek, Sepang.

Tambah Mohd Shahran, siasatan awal mengesan urus niaga antara sindiket dengan premis pemborong gas yang berada berhampiran lokasi terbabit.

"KPDN turut menyita kamera litar tertutup untuk siasatan lanjut," katanya.

Ujarnya, suspek warga tempatan direman dua hari, manakala warga asing direman empat hari untuk membantu siasatan.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti individu atau syarikat selain rantaian pengedaran tong gas LPG terbabit untuk tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!