Cuaca panas, patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala

Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC. - Foto REUTERS
Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC. - Foto REUTERS
A
A
A

WASHINGTON DC - Suhu yang membahang hampir 100 darjah Fahrenheit atau 37 darjah Selsius sejak beberapa hari lalu telah mencairkan secara perlahan patung lilin setinggi 1.8 meter di Memorial Lincoln.

Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC minggu ini, menyebabkan sebahagian daripada kepalanya jatuh.

Patung berkenaan didirikan sebagai satu penghormatan kepada presiden ikonik Amerika Syarikat ke-16 itu.

Pengarah Eksekutif dan Kurator Culturaldc, Kristi Maiselman berkata, kejadian berkenaan telah membawa kepada satu siasatan dan pemerhatian kesan projek mereka ke atas cuaca panas.

Bagaimanapun, Maiselman berkata, bahagian kepala itu berkemungkinan tidak akan dipasang semula pada musim panas ini kerana bimbang risiko ia akan jatuh semula dan mengalami kerosakan tambahan.

Pembinaan patung lilin berkenaan menggunakan lilin sebenar dengan sumbu dan ia sebahagian daripada satu siri patung monumen lilin yang ada di sana. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!