Aset BlackRock di Malaysia RM27.5 bilion - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - BlackRock Inc. (BlackRock) memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia melibatkan sektor industri dengan tiga entiti terbesar adalah institusi perbankan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut merangkumi RM20.5 bilion pasaran saham Bursa Malaysia dan sekitar RM7 bilion dalam bon kerajaan serta korporat.

“BlackRock turut mempunyai kepentingan pelaburan dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM8.6 juta, Metal Aluminium (RM625 juta) dan CelcomDigi (RM526 juta).

“Syarikat-syarikat seperti Microsoft, Boeing, Intel dan Texas Instruments yang mempunyai pemilikan saham BlackRock turut menyumbang kepada pembangunan industri dan negeri melalui projek pelaburan di Malaysia,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat kaitannya dalam Malaysia.

Dalam pada itu Tengku Zafrul memaklumkan, beberapa syarikat pemilikan saham firma pelaburan global tersebut turut menyumbang kepada pertumbuhan sub-sektor semikonduktor di beberapa negeri.

Antaranya Intel menyumbang kepada pertumbuhan sub-sektor di Pulau Pinang; Infineon di Melaka dan Kedah; Texas Instruments dalam industri elektrikal dan elektronik di Melaka serta Kuala Lumpur serta subsidiari Boeing, iaitu Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM) dalam industri aeroangkasa di Kedah.

Sementara itu dari segi nilai eksport, Tengku Zafrul menjelaskan, syarikat-syarikat dengan pegangan saham BlackRock telah memberi sumbangan besar kepada pendapatan eksport negara.

Artikel Berkaitan:

“Intel telah menyumbang RM50 bilion nilai eksport untuk komponen semikonduktor; Texas Instruments eksport komponen elektronik (RM20 bilion); Microsoft eksport perkhidmatan teknologi maklumat (RM15 bilion) dan Boeing eksport komponen aeroangkasa (RM10 bilion).

“Berdasarkan penjelasan tadi, pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia, sekiranya berlaku, jelas sekali akan mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Pengguguran pelaburan BlackRock beri kesan negatif kepada agenda pelaburan negara Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Ekonomi #Pelaburan #BlackRock #TengkuZafrul

original sound - Sinar Harian