Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat

Virus itu kebanyakannya disebarkan melalui gigitan nyamuk, biasanya menyebabkan gejala seperti selesema termasuk sakit kepala, demam, dan sakit otot. Gambar hiasan.
Virus itu kebanyakannya disebarkan melalui gigitan nyamuk, biasanya menyebabkan gejala seperti selesema termasuk sakit kepala, demam, dan sakit otot. Gambar hiasan.
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu, kata Kementerian Kesihatan Israel pada Rabu, lapor Xinhua.

Kementerian itu berkata, ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.

Kementerian itu juga melaporkan enam kes baharu jangkitan virus Nil Barat, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 48 kes sejak awal Mei.

Daripada jumlah itu, 36 pesakit telah dimasukkan ke hospital, dengan lima pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada Selasa, kementerian perlindungan alam sekitar dan kesihatan Israel melaporkan bahawa nyamuk yang dijangkiti virus itu telah dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di luar Tel Aviv.

Virus itu yang kebanyakannya disebarkan melalui gigitan nyamuk, biasanya menyebabkan gejala seperti selesema termasuk sakit kepala, demam, dan sakit otot. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!