Sorok-sorok import alat mainan seks

Norlela (kiri) menunjukkan alat mainan seks yang dirampas di sebuah gudang di Shah Alam pada 4 Jun lalu.
Norlela (kiri) menunjukkan alat mainan seks yang dirampas di sebuah gudang di Shah Alam pada 4 Jun lalu.
A
A
A

KLANG - Penjualan alat permainan seks yang dibawa masuk dari negara luar secara haram dibongkar menerusi serbuan di sebuah gudang di Shah Alam, dekat sini, awal bulan lalu.

Difahamkan, 200 unit barangan permainan seks bernilai RM9,320 itu diimport dari negara Asia untuk pasaran tempatan yang dijual dalam kuantiti kecil dan secara persendirian.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II pada 4 Jun lalu.

"Pemeriksaan di gudang itu menemukan sejumlah alat permainan seks pelbagai jenis dan jenama.

"Ia merupakan barang larangan yang pengimportannya dilarang secara mutlak dan dijelaskan di bawah Butiran 5, Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini pada Khamis.

Tambah Norlela, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti barangan itu dibawa masuk dari negara mana berikutan tiada dokumen pengimportan.

Tegasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda sehingga 20 kali ganda atau RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam kes berlainan, JKDM Zon Tengah berjaya merampas 644.64 liter minuman keras di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Tasik Indah, Kuala Lumpur pada 20 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Norlela (tengah) menunjukkan rampasan minuman keras pada 20 Jun.
Norlela (tengah) menunjukkan rampasan minuman keras pada 20 Jun.

"Minuman keras bernilai RM58,900 termasuk nilai duti dan cukai itu ditemui dalam sebuah van di premis terbabit.

"Kita percaya kediaman itu dijadikan sebagai stor simpanan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!