Kesuma peruntuk RM2 juta teruskan program OTEP

Steven Sim ketika berucap di Neurodiversity Inclusion Impact sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis. - Foto HRD CORP
Steven Sim ketika berucap di Neurodiversity Inclusion Impact sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis. - Foto HRD CORP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan Program Peningkatan Bakat Orang Kurang Upaya (OTEP) pada tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif berkenaan selaras dengan konsep yang Kerajaan Madani sediakan iaitu tiada rakyat yang akan dipinggirkan.

Menurutnya, program berkenaan memberikan latihan khusus yang direka secara spesifik untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran untuk individu OKU.

“30 individu diberi latihan itu dan 15 orang daripada kumpulan tersebut sudah pun mendapat pekerjaan tahun lalu di bawah satu projek rintis berkenaan.

“Kita nak memastikan rakyat Malaysia tak kira keadaan fizikal, sosial, kaum, agama dan sebagainya bahawa mereka berhak untuk mencapai aspirasi masing masing di tanah air yang tercinta,” katanya selepas program Neurodiversity Inclusion Impact sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis.

Program tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahul Dawood.

Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 tersebut dianjurkan oleh HRD Corp bermula 24 Jun lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

Artikel Berkaitan:

Steven Sim memaklumkan program tersebut mengumpulkan lebih 65,000 kursus latihan percuma dan 280,000 pendaftaran hanya dalam hari ketiganya.

“Ia juga untuk meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa, penjaga, majikan, persatuan dan bakat neurodivergen sendiri pada acara ini serta seramai 56 peluang pekerjaan disediakan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!