Pelajar perempuan maut kemalangan

Seorang pelajar perempuan Kolej Yayasan Negeri Sembilan maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di sini pada Rabu. Foto PDRM
Seorang pelajar perempuan Kolej Yayasan Negeri Sembilan maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di sini pada Rabu. Foto PDRM
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang pelajar perempuan Kolej Yayasan Negeri Sembilan maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 2 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian pada jam 11.10 malam itu membabitkan mangsa berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Honda C100 dengan Mitsubishi Triton.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda dalam perjalanan dari Batu kikir menuju ke Kuala Pilah.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu masuk simpang meneruskan perjalanan, tiba-tiba datang motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan lalu melanggar hadapan sisi kiri kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpangnya tiada mengalami kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!