Kerusi DUN Kota Lama 'panas', Hafidzah tetap buat kerja

Dr Hafidzah (empat, kanan) bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental: Penyakit Mental VS Gangguan Jin? di sini pada Khamis.
Dr Hafidzah (empat, kanan) bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental: Penyakit Mental VS Gangguan Jin? di sini pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim tetap meneruskan tugas sebagai wakil rakyat walaupun kerusi yang disandangnya kini 'panas' susulan MCA Kelantan mahu ia dipulangkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.

Dr Hafidzah ketika ditemui berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan dan perbincangan perlu dilakukan sebaiknya.

Kerusi DUN Kota Lama dimenangi oleh Dr Hafidzah melalui Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

"MCA berhak membuat permintaan itu tetapi yang sebaiknya soal kerusi perlu ada perbincangan dan saya serahkan semua keputusan kepada pucuk pimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental: Penyakit Mental VS Gangguan Jin? di sini pada Khamis.

Ketua Angkatan Wanita Negeri (AWAN) Kelantan itu turut maklum perkara itu disebutkan dalam Konvensyen Barisan Nasional baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan MCA Kelantan mahu kerusi DUN Kota Lama yahg dimenangi oleh Amanah dipulangkan semula kepada mereka pada PRU-16.

Pengerusinya, Chua Hock Kuan memberitahu, kawasan itu merupakan kerusi tradisi MCA yang pernah dimenangi mereka.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!