Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Datuk Hamidin Mohd Amin
Datuk Hamidin Mohd Amin
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai hukuman yang dikenakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada skuad Gergasi Merah.

Menurut Hamidin, beliau sudah menghubungi pihak Istana Selangor selain turut menghantar surat pada Khamis untuk meminta perkenan menghadap Sultan Sharafuddin.

"Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

"Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor untuk menghadap Tuanku Sultan Selangor dan kali ini saya susuli dengan warkah surat untuk menghadap Tuanku Sultan Selangor.

"Jadi, Insya- ALLAH saya akan cuba selesaikan perkara ini untuk beri penjelasan kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada Selasa, MFL mengenakan empat hukuman kepada Selangor selepas pasukan itu tidak hadir perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.

Empat hukuman tersebut iaitu denda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.

Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan dimainkan tanpa penonton.

Artikel Berkaitan:

Selangor FC dalam satu kenyataan selepas hukuman tersebut dikeluarkan sedang meneliti serta mengkaji semua saluran bersesuaian bagi mengambil tindakan seterusnya.

Pada Rabu, Sultan Sharafuddin bertitah amat murka dengan hukuman MFL tersebut yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusian selain kecewa dengan sikap Hamidin selaku Presiden FAM yang tidak berani bersuara sedangkan beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Presiden FAM mohon menghadap Sultan Selangor Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Sukan #BolaSepak #FAM #MFL #Selangor #Sultan #Hamidin #Hukuman #GergasiMerah

original sound - Sinar Harian