Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - MOF

Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Gambar hiasan
Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan bantuan dari semasa ke semasa akan dibuat sekiranya perlu, kata Kementerian Kewangan (MoF).

MoF berkata, ia bagi memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

"Kerajaan menyediakan bantuan bersasar terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki kenderaan diesel di samping petani kecil dan pekebun kecil komoditi bagi mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan rakyat yang dikenali sebagai Bantuan Subsidi Madani (atau Budi Madani).

"Mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi memerlukan kajian yang teliti supaya tidak meningkatkan kos kepada industri sedia ada serta menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.

"Pelaksanaan juga perlu bersesuaian dan boleh dilaksanakan di samping mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas,” kata MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat pada Rabu.

MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan tarikh melaksanakan mekanisme lebih mantap untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak untuk menerima setiap bantuan subsidi tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!