Polis kenal pasti 'port pelacuran panas' di ibu kota

RUSDI. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
RUSDI. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat lokasi panas yang menjadi tumpuan aktiviti pelacuran dan penyundalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur kini berada dalam radar sasaran utama pihak polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengenal pasti empat lokasi dijadikan sarang pelacuran di Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat seks pada harga murah kepada pelanggan.

Beliau berkata, lokasi panas yang dikesan itu adalah di Jalan Petaling, Jalan Gelang, Jalan Pudu dan Hotel Richmoore.

"Memang hasrat kita pihak polis untuk menghapuskan tempat pelacuran dan saya tidak mahu lagi melihat aktiviti pelacuran yang berlaku di tepi jalan.

"Disebabkan aktiviti jelik seumpama ini, ramai orang yang mahu berhenti semata-mata mahu melihat golongan ini berpeleseran di tepi jalan.

"Untuk itu, pihak polis akan mengambil tindakan secara berterusan bukan sahaja di lokasi berkenaan malah di lokasi lain yang telah dikenal pasti," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, sebanyak 409 serbuan telah dijalankan bagi membanteras aktiviti pelacuran di enam daerah di sekitar ibu kota bermula 1 Januari hingga 23 Jun lalu.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,691 individu sudah ditahan dan mereka terdiri daripada pelbagai warganegara yang disyaki menjalankan aktiviti penyundalan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sebanyak 86.06 peratus daripada serbuan yang dibuat berjaya dituduh di mahkamah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!