KPDN rampas biskut guna logo halal tidak sah

Pegawai KPDN Perak mengesan satu produk keluaran sebuah kilang di Teluk Intan yang didapati menggunakan logo halal tidak sah pada Rabu. Foto ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak mengesan satu produk keluaran sebuah kilang di Teluk Intan yang didapati menggunakan logo halal tidak sah pada Rabu. Foto ihsan KPDN Perak
A
A
A

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 35 bungkusan biskut yang didapati menggunakan logo halal tidak sah pada Rabu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan di sebuah kilang makanan di Jalan Pasar di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati premis itu mempunyai sijil halal yang sah bagi 26 produk makanan biskut dan roti jualannya.

KPDN Perak menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang biskut dan roti di Teluk Intan. Foto ihsan KPDN Perak
KPDN Perak menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang biskut dan roti di Teluk Intan. Foto ihsan KPDN Perak

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu produk makanan yang dikilangkan dan ditawarkan untuk jualan di premis ini tiada dalam senarai sijil halal.

"Sebanyak 35 bungkusan biskut tersebut dijumpai di dalam premis yang telah siap dibungkus dengan penandaan logo halal dan dipamerkan untuk jualan kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kamalludin berkata, kesemua bungkusan biskut, bungkusan kosong yang dicetak logo halal bernilai RM620.35 dan beberapa dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Perintah (8)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!