MAIWP disaran wujudkan ruang kerja yang kondusif

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun kepada kakitangan MAIWP pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Setia 25 Tahun kepada kakitangan MAIWP pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, mengingatkan pengurusan tertinggi organisasi dan jabatan agar tidak mewujudkan jurang yang ketara dengan kakitangan bawahan.

Ini kerana menurut beliau, langkah berkenaan penting untuk mengelakkan ketidakharmonian yang boleh membawa kepada perpecahan dalam organisasi.

Dr. Mohd Na’im menegaskan kepentingan pengurusan tertinggi mendengar keluhan dan aduan kakitangan. Menurutnya, tindakan ini dapat membantu dalam penambahbaikan organisasi.

"Jika perkara ini gagal ditangani, akan wujud pihak yang membuat fitnah yang akhirnya merosakkan organisasi tersebut. Bila kita terima berita buruk terhadap orang lain dan kita percaya tanpa menilai kebenarannya, ia akan menimbulkan rasa ragu antara satu sama lain.

“Pihak bawahan tidak yakin terhadap pengurusan tertinggi dan begitulah sebaliknya, menyebabkan pegawai dan pelaksana lupa akan tanggungjawab masing-masing," katanya.

 DR. MOHD NA’IM
 DR. MOHD NA’IM

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) 25 Tahun anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Dr. Mohd Na’im turut menyatakan rasa bangga dengan ketelusan agensi di bawahnya dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.

Beliau memuji MAIWP yang berjaya mengekalkan kejayaan dengan menerima Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIWP 2023 buat tahun ke-17 berturut-turut.

"Ini membuktikan bahawa MAIWP sentiasa mementingkan ketelusan dalam pengurusan kewangan, apatah lagi MAIWP memikul amanah pembayar zakat," ujarnya.

Dr. Mohd Na’im (enam, kanan) bersama warga kerja MAIWP yang hadir pada Majlis APC dan APS 25 Tahun anjuran MAIWP di WTCKL, pada Khamis.
Dr. Mohd Na’im (enam, kanan) bersama warga kerja MAIWP yang hadir pada Majlis APC dan APS 25 Tahun anjuran MAIWP di WTCKL, pada Khamis.

Sehingga Mei 2024, MAIWP digerakkan oleh 1,148 warga kerja yang terdiri daripada 373 pegawai berstatus tetap dan 775 pegawai lantikan kontrak dari pelbagai profesion termasuk pentadbiran, teknikal, kewangan, dan tenaga pengajar di institusi-institusi milik MAIWP.

Pada majlis berkenaan, seramai 92 penerima APC menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai RM1,000, manakala 229 penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan menerima sijil dan wang tunai RM500.

Bagi Anugerah Perkhidmatan Setia (APS), seramai 63 penerima yang telah berkhidmat lebih 25 tahun dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Setia dan wang tunai RM2,500 seorang.