[VIDEO] PRK Sungai Bakap: AMK kecam tindakan sabotaj bahan kempen

A
A
A

NIBONG TEBAL - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengecam tindakan provokasi pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan bendera dan bahan kempen Pakatan Harapan (PH) di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di sini, pada Rabu.

Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan berkata, perbuatan itu dikesan melalui pemantauan yang dilakukan petugas parti di kawasan Puteri Gunung di sini, kira-kira jam 12 tengah malam.

Mubammad Fadzli
Mubammad Fadzli

Menurutnya, ketika pemantauan dibuat mendapati terdapat sekumpulan lelaki yang dipercayai petugas dari Perikatan Nasional (PN) sedang memasang bahan kempen di kawasan berkenaan dan tidak lama kemudian mereka mendapati terdapat bahan kempen PH yang dirosakkan serta diturunkan.

"Kita tidak mahu mengulas dan membuat tuduhan kepada mana-mana pihak namun kejadian merosakkan bahan kempen ini terjadi selepas sekumpulan individu itu dilihat memasang bahan kempen di sekitar kawasan kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 38 banting dan 53 bendera telah diturunkan dan dirosakkan termasuk ditemui di dalam longkang selain diganti dengan bahan kempen PN," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di sini, pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 38 banting dan 53 bendera Pakatan Harapan dirosakkan di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara.
Sebanyak 38 banting dan 53 bendera Pakatan Harapan dirosakkan di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara.

Muhammad Fadzli berkata, dia telah menyerahkan semua bukti termasuk gambar kumpulan lelaki yang dipercayai melakukan sabotaj itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, menghadapi tempoh kempen ini ia sepatutnya dijalankan secara sihat tanpa melakukan perbuatan provokasi dan tindakan yang melampau.

"Anak muda seharusnya perlu tunjukkan satu contoh yang baik.

"Kalau nak kata kejadian itu (kerosakan) berlaku disebabkan cuaca, malam semalam tak berlaku pun ribut ataupun hujan," katanya lagi.

Beliau berharap, tempoh berkempen yang berbaki beberapa hari lagi dapat dijalan dengan tertib dan tiada lagi isu provokasi seperti ini dan bahan-bahan kempen yang dirosakkan.

*Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap di sini!.