Polis rakam keterangan Firdaus Wong isu kanak-kanak peluk Islam

Firdaus Wong
Firdaus Wong
A
A
A

PETALING JAYA - Polis selesai mengambil keterangan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung untuk siasatan dakwaan berhubung kenyataannya mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, keterangan telah direkodkan terhadap Firdaus serta pengadu bagi laporan polis yang dibuat.

“Kita telah ambil keterangan Firdaus semalam (Rabu) dan rampas telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan namun ada beberapa tindakan termasuk pengesahan perlu dipohon kerana kenyataan itu dikeluarkan melalui media sosial,” katanya pada Khamis.

Shahrulnizam
Shahrulnizam

Sama ada polis akan memanggil individu lain untuk membantu siasatan, Shahrulnizam berkata, perkara itu akan dirujuk kepada pihak berkaitan.

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman video berdurasi empat minit lapan saat memaparkan Firdaus menjawab persoalan seorang lelaki mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.

Shahrulnizam memberitahu, empat laporan polis diterima untuk siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

Polis juga telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas TikTok yang dilihat oleh pengadu bagi kes ini bertujuan mendapatkan pengendali dan pemiliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Polis rakam keterangan Firdaus Wong isu kanak-kanak peluk Islam #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #FirdausWong #Polis #Siasatan #KanakKanak #Budak #Islam

News - ComaStudio