'Rumah Biru tidak dirobohkan, kami keluar sementara' - Pemilik

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

PETALING JAYA - Rumah Biru yang terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru tidak dirobohkan sebaliknya hanya penghuni rumah yang berpindah sementara.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah yang telah berpindah bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong ditanam di bawah tanah rumah tersebut.

"Projek belum bermula lagi dan untuk maklumat semua rumah kami ini... Insya-ALLAH tidak dirobohkan sebab kami diminta keluar bagi memudahkan projek yang akan berlangsung nanti," ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.

Jelasnya, pihak pemaju terbabit juga akan membaik pulih 'Rumah Biru' itu seperti keadaan sediakala sekiranya terdapat apa-apa perubahan atau kerosakan yang berlaku ke atas rumah berkenaan.

Syafiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi berkongsi kenangan, cerita dan mengambil peduli mengenai tanah di kampung berkenaan.

"Saya sebagai wakil pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi dan diharap penjelasan saya ini, dapat sedikit sebanyak (memberikan pencerahan) dan yang boleh saya kongsikan," ujarnya.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mempercayai mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan meminta token atau baucar dengan mengaitkan rumah itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: