Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli

Zulkifli pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
Zulkifli pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada bukti yang mengesahkan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) telah digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, siasatan TH sebaliknya mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer.

"Mereka diperdaya melalui pelbagai cara antaranya tawaran pulangan pelaburan yang tinggi, menekan pautan fail aplikasi (APK), memberi kata laluan dan kod TAC (kod pengesahan transaksi) semasa dihubungi scammer,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai kehilangan wang dalam akaun simpanan TH.

Zulkifli berkata, setakat 31 Mei lepas, TH menerima 222 aduan pendeposit yang menjadi mangsa penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM609,464.

"TH sentiasa berkerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia bagi menyiasat sebarang kes yang dilaporkan.

"Namun begitu, sekiranya kehilangan wang itu adalah akibat kecuaian pendeposit sendiri dalam melindungi akuan yang membolehkan scammer melakukan transaksi, maka TH tidak boleh membuat ganti rugi,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: