[VIDEO] Larian 200km: Syed Saddiq sasar kutip RM100,000

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100,000 menerusi misi larian 200 kilometer (km) 'Langkah Muar'.

Beliau berkata, dana tersebut diperlukan bagi menjamin operasi Pusat Khidmat Muar tidak terhenti, sekali gus dapat terus membantu rakyat memerlukan.

“Kawasan kerajaan mereka (ahli Parlimen) diberikan RM4 juta setahun dan RM20 juta sepenggal. Perbezaan itu sangat ketara.

"Walaupun untuk capai RM20 juta agak mustahil, tetapi sedikit sebanyak dapat menampung operasi pusat khidmat, bayar gaji pekerja dan beri bantuan terus kepada orang susah daripada menunggu janji manis kerajaan.

“Saya berharap akhirnya dapat meraih dana dan menghantar isyarat jelas mewakili rakyat Muar dan Malaysia supaya dipinda akta baharu (agar) semua kawasan Parlimen dapat peruntukan yang adil,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bekas Presiden Parti Demokratik Malaysia (Muda) itu melancarkan inisiatif Langkah Muar dengan berlari sejauh 200km dari Muar ke Parlimen bermula esok bagi meraih dana untuk pusat khidmat kawasan tersebut.

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Dalam pada itu beliau memaklumkan, telah menghantar tiga surat bagi menyatakan kesediaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun sehingga kini ujarnya, tiada maklum balas yang diberikan kerajaan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sejak sidang Parlimen tahun lepas beliau maklumkan akan adil dan pastikan MoU dimuktamadkan.

"Selepas itu saya terus mulakan proses rundingan, maklumkan niat saya untuk tanda tangan MoU, dalam masa sama tidak menidakkan peranan pembangkang.

“Sambil itu kita juga pastikan ada kestabilan politik, masuk rundingan kali kedua tidak ada perkembangan,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!