KJ nafi terlibat dengan syarikat BlackRock

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan penglibatannya dengan syarikat BlackRock sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Katanya, serangan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau itu adalah sangat tidak berasas.

"Saya diserang mengatakan saya Ahli Lembaga Pengarah syarikat kewangan yang mana BlackRock ada pegangan.

"Sedangkan pegangan BlackRock dalam CGS Securities hanya dibeli melalui pasaran terbuka dan tidak ada wakil BlackRock dalam Lembaga Pengarah CGS Securities.

"Ini berbeza dengan 'kerjasama' pemilikan 30 peratus saham GIP- BlackRock dalam MAHB yang mana kita benarkan mereka membeli kepentingan strategik dalam aset strategik," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Dalam sama beliau turut memperjelaskan tuduhan menjadi duta syarikat minuman milik BlackRock.

"Yang kedua tentang tuduhan katanya BlackRock mempunyai pegangan dalam syarikat minuman yang saya menjadi dutanya.

"Ini sama sekali tidak benar dan berunsur fitnah. Minuman Vida ini dimiliki oleh The Vida World Sdn Bhd dan bukannya Dydo Japan, sila dapatkan fakta dengan betul," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!