LBS Foundation baik pulih Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM

Muhammad Izham (empat dari kiri) dan Hock San (lima dari kanan) bergambar di hadapan Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM.
Muhammad Izham (empat dari kiri) dan Hock San (lima dari kanan) bergambar di hadapan Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - LBS Foundation sebuah organisasi yang mentadbir inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi syarikat pemaju perumahan rakyat, LBS Bina Group Berhad membaik pulih Rumah Kelab Sepak Takraw Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini.

Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San menjelaskan, kerja-kerja membaik pulih rumah kelab berkenaan mengambil masa kira-kira dua sehingga tiga bulan dengan menelan belanja lebih RM 70,000.

Ujarnya, fokus utama pembaikan semula adalah untuk menambah baik bangunan berusia lebih 50 tahun dengan mengekalkan reka bentuk kolonial British, yang dianggap sebagai reka bentuk unik dan semakin pudar di negara ini.

Pasukan sepak takraw PDRM, barisan pegawai bergambar bersama Muhammad Izham (tujuh dari kiri) dan Hock San (sembilan dari kanan).
Pasukan sepak takraw PDRM, barisan pegawai bergambar bersama Muhammad Izham (tujuh dari kiri) dan Hock San (sembilan dari kanan).

"Oleh itu, LBS Foundation merasa terpanggil untuk menyumbang dan berbesar hati untuk terlibat di dalam usaha membantu pasukan sepak takraw PDRM melalui projek membaik pulih dan menambah baik kemudahan.

"Kami percaya sumbangan ini akan membantu menaikkan semangat pasukan di samping dapat menyediakan persekitaran kondusif selaras dengan usaha mereka untuk konsisten mencapai kemenangan selanjutnya," ujarnya.

Hock San berkata demikian pada Majlis Perasmian Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM yang turut dihadiri Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, SAC Muhammad Izham Jaafar di pusat latihan itu, di sini pada Khamis.

Dengan berpaksikan empat nilai tunjang utama memberi tumpuan kepada aspek kemasyarakatan, kesihatan, pendidikan dan persekitaran, LBS Foundation akan mengekalkan komitednya terhadap bantuan berterusan kepada komuniti memerlukan fan memupuk perubahan yang positif.

Artikel Berkaitan:

"Kami berharap sumbangan sebegini ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah memberi inspirasi kepada individu dan organisasi untuk menyokong pasukan tempatan, sekaligus menjadi contoh positif kepada penglibatan dan pembangunan masyarakat," ujar Hock San lagi.

Muhammad Izham (kiri) diiringi Hock San (tengah) merasmikan Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Muhammad Izham (kiri) diiringi Hock San (tengah) merasmikan Rumah Kelab Sepak Takraw PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Sejak beberapa tahun lalu, LBS Foundation sentiasa konsisten membantu PDRM dalam pelbagai usaha amal seperti pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, Pahang, menyediakan kemudahan dan penginapan pejabat untuk balai polis di Bandar Saujana Putra, Selangor dan pembinaan Dewan Jaya LBS, di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Kolaborasi terbaharu ini juga menunjukkan kepentingan jalinan kerjasama dan usaha tanggungjawab sosial korporat yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Sementara itu, pada 22 Mei lalu, Pasukan Sepak Takraw Malaysia telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2024 selepas menewaskan Thailand.

Lebih menarik lagi, salah seorang ahli pasukan juara tersebut merupakan warga PDRM dan bertugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

"Selaras dengan misi untuk membantu mereka yang memerlukan, LBS Foundation amat berbangga di atas sumbangan yayasan terhadap kejayaan pasukan sepak takraw PDRM ini," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!