Kem judo tambah dua emas lagi di AUG 2024

Afiq Danish (kiri), Amer Daniel
Afiq Danish (kiri), Amer Daniel
A
A
A

AFIQ Danish Zapri dan Amer Daniel Abdul Majeed meneruskan rentak cemerlang kem judo kontinjen Malaysia di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila menghadirkan dua emas lagi pada Khamis.

Pada perlawanan akhir kategori Bawah 90 kilogram (kg) lelaki di Pusat Konvensyen Airlangga, Universitas Airlangga, Afiq Danish menjinakkan lawannya dari Indonesia, Mayza Tyas Nugraha.

Lebih manis kemenangan Afiq Danish penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kelahiran Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan itu hadir sehari selepas ulang tahun kelahiran ke-21.

Skuad judo meraikan kejayaan Afiq Danish dan Amer Daniel.
Skuad judo meraikan kejayaan Afiq Danish dan Amer Daniel.

Sementara itu, penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang, Amer Daniel mengungguli kategori Bawah 81 kg lelaki selepas menewaskan wakil Indonesia, Yuta Gladius Taslim.

Seorang lagi penuntut USM, Tan Yi Ting turut menambah koleksi pingat gangsa kontinjen negara dalam acara Bawah 73 kg lelaki.

Pada Rabu, emas pertama hadir dari gelanggang judo menerusi sentuhan atlet kelahiran Perak, Nur Farah Izzati Wallah dalam acara Bawah 52 kg wanita manakala Muhammad Fareez Mohameid pula tenang menghadirkan perak bagi acara Bawah 60kg lelaki.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: