Turkiye sokong Lubnan

Recep Tayyip Erdogan. Foto AFP
Recep Tayyip Erdogan. Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan meluaskan tanda sokongan terhadap Lubnan ketika peningkatan konflik dengan Israel dan menggesa negara lain untuk mengikuti langkahnya.

Dalam ucapan di hadapan anggota Parti AK di Parlimen, Erdogan menegaskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah merancang meluaskan perang Gaza ke rantau Lubnan.

"Nampaknya Israel kini mengalihkan perhatian ke Lubnan selepas selepas memusnahkan dan membakar Gaza. Kita lihat negara-negara Barat memberi sokongan di belakang tabir," katanya.

Erdogan turut menyatakan bahawa rancangan Netanyahu meluaskan perang akan menjadi malapetaka besar.

"Turkiye berdiri bersama Lubnan. Saya menggesa negara lain di rantau ini untuk menyokong Lubnan," tegasnya.

Dalam pada masa sama Erdogan memberi amaran kepada Cyprus supaya mengelakkan membantu Israel.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah, mengarahkan Cyprus agar tidak membenarkan Israel menggunakan lapangan terbang dan pangkalannya.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan menegaskan Cyprus sedang bertukar menjadi pusat operasi untuk perang Israel ke atas Gaza, memberi amaran kepada negara itu supaya tidak terlibat dengan tindakan peperangan di rantau itu.

Artikel Berkaitan:

"Kami sedang melihat dalam laporan risikan bahawa negara tertentu menggunakan Cyprus sebagai pangkalannya, terutama untuk operasi di Gaza," katanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!