MFL ringankan hukuman Selangor FC

SFC dikenakan hukuman penalti RM100,000, dipotong tiga mata dan bermain tanpa penonton pada minggu ke-14 Liga Super menentang JDT di Petaling Jaya.
SFC dikenakan hukuman penalti RM100,000, dipotong tiga mata dan bermain tanpa penonton pada minggu ke-14 Liga Super menentang JDT di Petaling Jaya.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SEHARI selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan baginda, Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan terhadap Selangor FC.

Menurut kenyataan pengelola liga itu, pertimbangan semula itu dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Antara pertimbangan semula yang dibuat iaitu denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.

“Selain itu, pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan.

“Namun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.

“Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, MFL berkata, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

Dalam pada itu, Selangor FC masih boleh membuat rayuan dalam tempoh tiga hari untuk hukuman yang dinyatakan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: