Pesawat ringan mendarat cemas: Dua juruterbang selamat

Wan Md Razali (dua dari kanan) bergambar bersama dua juruterbang pesawat ringan yang terselamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis.
Foto: JBPM.
Wan Md Razali (dua dari kanan) bergambar bersama dua juruterbang pesawat ringan yang terselamat selepas membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis. Foto: JBPM.
A
A
A

KLANG - Juruterbang dan pelatih juruterbang dilaporkan selamat apabila pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, juruterbang, Rolando Barba Jr dan pelatih juruterbang, Muhammad Ridz Farhan Ridzwan dilaporkan selamat.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut jam 4.13 petang.

Beliau berkata, pesawat ringan dengan nombor pendaftaran 9M-ANA itu dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang.

Wan Md Razali (kanan) mendengar penerangan daripada juruterbang pesawat ringan yang terselamat setelah membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis.
Foto: JBPM.
Wan Md Razali (kanan) mendengar penerangan daripada juruterbang pesawat ringan yang terselamat setelah membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis. Foto: JBPM.

"Pesawat ringan itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman.

"Jentera bersama anggota bomba tiba di lokasi kejadian jam 4.42 petang bagi melakukan operasi menyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Md Razali berkata, operasi menyelamat melibatkan tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang serta BBP Klang Selatan.

Artikel Berkaitan:

Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis.
Foto: JBPM.
Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berhampiran Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis. Foto: JBPM.

Menurut beliau, seramai lima pegawai kanan, satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan 17 anggota lain terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Tambahnya, pemeriksaan telah dilakukan ke atas pesawat ringan tersebut dan tidak menunjukkan tanda-tanda kebakaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!