Allahyarham Noor Farida selamat dikebumikan

Jenazah Noor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada Khamis. Foto Bernama
Jenazah Noor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada jam 5.39 petang, pada Khamis.

Adik beliau Zainil Anuar Ariffin, 72, berkata, Allahyarham meninggal dunia di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur hari ini kerana ketumbuhan di bahagian otak.

Allahyarham Noor Farida menghembuskan nafas terakhir pada 1.30 tengah hari tadi selepas seminggu berada di hospital berkenaan, menurutnya.

"Minggu lepas Allahyarham sudah buat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan doktor nasihat tidak boleh buat apa-apa kerana ketumbuhannya semakin besar dan faktor umur beliau yang sudah lanjut,” katanya kepada Bernama.

Jenazah Noor Faridah selesai disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada pukul 5.12 petang tadi.

Noor Farida yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 2000 hingga 2007 itu merupakan tokoh cukup dikenali dalam sistem perundangan serta kehakiman negara dan pernah mewakili negara sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: