PPRPM gesa percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

PPRPM gesa percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
PPRPM gesa percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) meminta kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan Suruhanjaya Pekerja Gig kerana isu kadar bayaran upah sudah lama membelenggu pekerja 'p-hailing' di negara ini.

Penasihat PPRPM, Bryan Ng Yih Miin berkata, selagi tiada peruntukan undang-undang yang diwujudkan bagi mengawal selia Ekonomi Gig 'p-hailing', episod eksploitasi syarikat penyedia perkhidmatan terhadap pekerja tidak akan selesai.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana komited dengan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig dan menjadikan kadar bayaran upah pekerja 'p-hailing' sebagai agenda utama untuk diselesaikan.

"Pada 25 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rang undang-undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig dibentangkan pada Julai depan.

"Anwar juga menyebut bahawa Kabinet telah bersetuju membentuk kerangka bagi memenuhi keperluan kumpulan penggiat Ekonomi Gig di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Brian berkata demikian mengulas tentang protes dan sidang media yang diadakan oleh Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin bersama pekerja 'p-hailing' seluruh negara.

Beliau turut memaklumkan, protes berkenaan menekankan beberapa isu selain penurunan kadar upah iaitu pembesaran zon bekerja, penggantungan dan penamatan kontrak bekerja serta operasi pematuhan standard (SOP) baharu oleh Foodpanda.

"Sejak 2019 sehingga kini, pelbagai protes telah diadakan oleh penunggang 'p-hailing' tidak kira dari mana-mana syarikat penyedia perkhidmatan.

Artikel Berkaitan:

"Saban tahun protes diadakan dan isu utama sudah berulang kali dibangkitkan iaitu penurunan kadar bayaran upah yang diterima," ujar beliau.