Kem renang tambah lagi tiga emas di AUG 2024
KEM renang terus menjana pungutan pingat emas hari kedua perjuangan kontinjen negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 apabila membutirkan tiga medal tersebut pada Khamis.
Kolam renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI), Surabaya, menyaksikan pembawa Jalur Gemilang, Bryan Leong menebus kekecewaan tempat ketiga acara 50m kuak dada lelaki pada Rabu apabila menyambar pingat emas 50 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan 24.54saat (s)
Tan Khai Xin pula cemerlang menjana pingat emas selepas mengungguli acara 400m rampaian individu lelaki dengan catatan catatan 4:42.70 s diikuti seorang lagi perenang negara Liew Zeng Whye yang memenangi pingat perak.
Pada Rabu, Khai Xin telah membutirkan pingat emas apabila memenangi acara 400m gaya bebas lelaki (4:05.18s.)
Rentak cemerlang itu diteruskan skuad 4x200m gaya bebas lelaki Terence Ng Shin Jian Low Zheng Yong, Hi Puong Wei dan Tan Khai Xin memastikan emas ketiga negara dengan mencatat 7:38.24s
Kem renang negara turut membutirkan pingat gangsa menerusi Georgene Wee dalam acara 400m rampaian individu wanita serta 800m gaya bebas wanita dan Wong Shi Qi acara 50m kuak kupu-kupu wanita.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!