Ronaldo hilang selera tonton perlawanan bola sepak

Ronaldo kini lebih menggemari sukan tenis berbanding bola sepak. Foto Agensi
Ronaldo kini lebih menggemari sukan tenis berbanding bola sepak. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penyerang berbisa Brazil, Ronaldo mengakui dia tidak menonton perlawanan skuad kebangsaan negaranya di kejohanan Copa America 2024 yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).

Sebaliknya, Ronaldo beralih ke siaran sukan lain terutamanya tenis.

Pemenang dua kali Ballon d'Or itu berkata, bola sepak tidak memberikannya keghairahan kerana sudah hilang minat terhadap sukan itu.

Malah, Ronaldo tanpa berselindung tidak memberikan sebarang harapan terhadap skuad Brazil dalam kejohanan kali ini.

“Saya fikir sekarang saya lebih meminati tenis berbanding bola sepak.

“Sukar dipercayai bukan? Sekarang saya tidak minat menonton perlawanan bola sepak kerana ia terlalu membosankan.

“Perlawanan tenis pula saya boleh menontonnya selama lima jam,” ujar Ronaldo.

Brazil kendalian Dorival Junior memulakan kempen Copa America 2024 dengan hambar apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Costa Rica pada Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Juara sembilan kali itu bakal berdepan Paraguay pada perlawanan kedua Kumpulan D pada Sabtu.

Keputusan seri pada Selasa lalu bukanlah satu bencana bagi skuad Samba, tetapi kini nampaknya mereka tidak mungkin menjuarai Kumpulan D.

Kedudukan di tempat kedua akan mempertemukan Brazil dengan juara Kumpulan C di suku akhir dengan situasi semasa bakal milik Uruguay.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!