Pemburuan emas AUG 2024 membara

Kem judo AUG 2024 Malaysia membutirkan dua emas menerusi Afiq Danish dan Amer Daniel.
Kem judo AUG 2024 Malaysia membutirkan dua emas menerusi Afiq Danish dan Amer Daniel.
A
A
A

PEMBURUAN pingat emas kontinjen negara dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 terus menyala apabila atlet mengekalkan momentum membarakan misi 35 pingat utama tersebut pada Khamis.

Pusat Konvensyen Airlangga, Universitas Airlangga venue pertama membutirkan pingat emas pertama negara pada Rabu sekali lagi kekal menjadi lubuk kontinjen negara menuai medal tersebut,

Afiq Danish Zapri dan Amer Daniel Abdul Majeed meneruskan rentak cemerlang kem judo apabila menghadirkan dua emas lagi dari pentas perlawanan akhir pada Khamis.

Bryan Leong
Bryan Leong

Afiq Danish yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada Rabu menghadiahkan emas selepas mengungguli kategori Bawah 90 kilogram (kg) lelaki manakala Amer Daniel meneruskan momentum Afiq dengan menjuarai kategori Bawah 81kg lelaki.

“Ini merupakan hadiah paling bermakna dalam hidup saya apabila mendapat pingat emas di pentas AUG 2024.

Khai Xin bersama Zeng Wye.
Khai Xin bersama Zeng Wye.

“Terima kasih kepada ayah, ibu dan adik-adik atas sokongan tanpa mereka mustahil untuk saya berada di pentas podium hari ini,” kata penuntut jurusan Pengurusan Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kelahiran Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kolam Renang Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) yang turut menjelmakan pingat emas pada Rabu, juga pentas perenang negara kembali menampilkan belang masing-masing.

Tan Khai Xin tampil cemerlang dengan kudrat kuak apabila merangkul emas apabila mengungguli acara 400 meter (m) rampaian individu lelaki dengan catatan 4:42.70 saat (s).

Khai Xin bersama Terence Ng Shin Jian, Low Zhen Yong dan Hii Puong Wei menambah koleksi pingat emas dari Surabaya,
Khai Xin bersama Terence Ng Shin Jian, Low Zhen Yong dan Hii Puong Wei menambah koleksi pingat emas dari Surabaya,

Pembawa Jalur Gemilang, Bryan Leong Xin Ren pula menghadirkan satu lagi emas dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki (24.54s).

Khai Xin sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila gandingan bersama dibarisi Terence Ng Shin Jian, Low Zhen Yong dan Hii Puong Wei meraih emas ketiga negara dalam acara 4x200m gaya bebas lelaki (7:38.24s).

Pingat Kontinjen AUG Malaysia pada Khamis,
Pingat Kontinjen AUG Malaysia pada Khamis,

INFO

Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024

HARI KEDUA

5 emas / 2 perak/ 6 gangsa

JUMLAH KESELURUHAN PINGAT

8 emas | 4 perak | 9 gangsa

PINGAT EMAS

AFIQ DANISH ZAPRI

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Judo (Bawah 90kg Lelaki)

AMIR DANIEL ABDUL MAJEED

Universiti Sains Malaysia (USM)

Judo (Bawah 81kg Lelaki)

TAN KHAI XIN

IMU University

Akuatik Renang (400m rampaian individu lelaki)

BRYAN LEONG XIN REN

King’s College London

Akuatik Renang (50m kuak kupu-kupu lelaki)

TERENCE NG SHIN JIAN, LOW ZHENG YONG, HII PUONG WEI, TAN KHAI XIN

Akuatik Renang (4x200m gaya bebas lelaki)

PINGAT PERAK

LIK ZANG, FAHMAN ARASY, MUKHRIEZ SHAH, MUHD HAFIZUDDIN

Blitz Catur Pasukan Lelaki

LIEW ZENG WYE

Taylor’s University

Akuatik Renang (400m rampaian individu lelaki)

PINGAT GANGSA

TAN YI TING

Universiti Sains Malaysia (USM)

JUDO (Bawah 73kg lelaki)

LYE LIK ZANG

Sunway University

Blitz Catur Individu

JIA TIEN, PUTERI RIFQAH, PUTERI MUNAJJAH, NITHYALAKSHMI

Blitz Catur Pasukan Wanita

GEORGENE WEE JEE ERN

Sunway University

Akuatik Renang (400m rampaian individu wanita)

WONG SHI QI

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Akuatik Renang (50m kuak kupu-kupu lelaki)

GEORGENE WEE JEE ERN

Sunway University

Akuatik Renang (800m gaya bebas wanita)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!