Kerajaan tak wajar diskriminasi peruntukan ahli Parlimen

Syed Saddiq (kiri), memulakan larian 'Langkah Muar' di Jambatan Muar, pada awal pagi Jumaat. Foto TeamSS
Syed Saddiq (kiri), memulakan larian 'Langkah Muar' di Jambatan Muar, pada awal pagi Jumaat. Foto TeamSS
A
A
A

MUAR – Kerajaan digesa agar tidak mendiskriminasikan peruntukan kepada kawasan Parlimen sama ada ia merupakan kawasan kerajaan mahupun pembangkang.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peruntukan berkenaan juga tidak boleh dibahagikan mengikut warna politik bagi kawasan-kawasan Parlimen yang terlibat.

“Peruntukan di kawasan-kawasan Parlimen tidak patut di diskriminasi sama ada kerajaan atau pembangkang kerana di semua kawasan ada orang susah yang perlukan bantuan, kebajikan, pembangunan dan tak boleh dibahagikan ikut warna politik.

“Yang kedua, peruntukan ini juga merupakan dana bagi kami jalan dan teruskan khidmat-khidmat buat rakyat di Parlimen Muar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program Langkah Muar yang melibatkan larian sejauh 200 km ke Parlimen pada Jumaat.

Syed Saddiq meneruskan larian 'Langkah Muar.' Foto TeamSS
Syed Saddiq meneruskan larian 'Langkah Muar.' Foto TeamSS

Larian yang bermula di Jambatan Muar pada jam 6.30 pagi Jumaat itu dijangka bakal berakhir di Parlimen pada Isnin.

Pada peringkat awal larian, Syed Saddiq turut diiringi beberapa pelari termasuk motosikal menuju ke destinasi pertama di Teluk Mas.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai program larian berkenaan, Syaed Saddiq berkata, bagi peringkat permulaan ini, larian bermula di Jambatan Muar hingga ke Teluk Mas yang dianggarkan sejauh 25 km.

Bagaimanapun katanya, larian berkenaan akan dihentikan sementara pada waktu solat Jumaat sebelum bersambung semula selepas itu.

“Kita akan cuba habiskan dalam 50 hingga ke 60km sehari sebelum diteruskan pada keesokan harinya.

“Jadi, 200 km tu dipecahkan kepada tiga hingga ke empat hari. Saya seorang dulu, kemudian mungkin ada kawan-kawan yang ikut tapi rasaya tak semua akan ikut sampai 200 km,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!