[VIDEO] TMJ respons keputusan pusingan U MFL

A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberikan respon di laman sosial baginda, berhubung keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menukar hukuman kepada Selangor FC.

Tunku Ismail turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan pasukan JDT.

Menurut TMJ, tindakan MFL tersebut boleh menyebabkan kelab-kelab lain selepas ini melanggar undang-undang liga seperti tidak membayar gaji, menarik diri sesuka hati.

“JDT dari 2013 kena denda beratus ribu, saya kena ‘banned’ enam bulan, tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan. MFL buat ‘U-turn’ tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang,” tulis TMJ di Instagram Story baginda.

Tunku Ismail. MFL pada petang Khamis mengumumkan meringan hukuman ke atas Selangor dengan membatalkan pemotongan tiga mata dan perlawanan tanpa penonton.
Tunku Ismail. MFL pada petang Khamis mengumumkan meringan hukuman ke atas Selangor dengan membatalkan pemotongan tiga mata dan perlawanan tanpa penonton.

Isu melibatkan pasukan bola sepak Selangor ini berlaku rentetan penarikan diri pasukan bola negeri itu pada perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Ketidakhadiran pasukan Selangor ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dilakukan atas faktor keselamatan susulan insiden penyerang utama mereka Faisal Halim disimbah asid.

Ekoran itu MFL pada Selasa lalu mengenakan beberapa hukuman ke atas Selangor FC termasuklah denda tolak tiga mata dan denda RM100,000.

Artikel Berkaitan:

Selain itu MFL turut mengarahkan Selangor FC membayar pampasan kepada JDT selain perlawanan minggu ke-14 antara kedua-dua pasukan di Petaling Jaya bermain tanpa penonton.

Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan amat murka dengan keputusan ahli-ahli MFL serta ahli-ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC itu.

MFL bagaimanapun pada petang Khamis mengumumkan meringan hukuman ke atas Selangor dengan membatalkan pemotongan tiga mata dan perlawanan tanpa penonton.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!