Nostalgia 1992 Denmark

Denmark akan membuat perhitungan dengan Jerman dalam saingan kalah mati Euro 2024 pada Ahad. Foto AFP
Denmark akan membuat perhitungan dengan Jerman dalam saingan kalah mati Euro 2024 pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

DENMARK memasang impian besar ketika merangkul kejuaraan Euro edisi 1992 apabila mengalahkan Jerman di pentas final.

Selepas 32 tahun berlalu, mereka akan berdepan lawan sama dalam saingan 16 terbaik pada edisi kali ini dengan Jerman mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah.

Bagi penolong jurulatih, Christian Poulsen, biarpun peluang itu dilihat tipis, namun beliau optimis jika pemain memberikan aksi terbaik sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Mereka (Jerman) sebuah pasukan yang kuat. Kami akan turun ke medan 'perang' dan berharap dapat melakukan keajaiban seperti tahun 1992.

“Saya masih ingat kejayaan 1992. Waktu itu saya berusia 12 tahun, ia adalah kejayaan terbesar buat negara kecil seperti Denmark dan ia sejarah terbesar bola sepak kami.

“Ia kenangan indah kami. Kalau kami dapat mengulanginya, ia satu keajaiban kedua buat bola sepak kami,” katanya.

Dalam saingan Kumpulan C, Denmark sekadar mencatatkan seri dalam ketiga-tiga aksi dan pertembungan dengan pasukan tuan rumah itu bukan mudah.

Namun keajaiban pada 1992 yang berlaku di Gothenburg mungkin berulang apabila Denmark ketika itu mengejutkan Jerman yang tampil selaku juara Piala Dunia rebah 0-2, sekali gus membolehkan Denmark meraih kejuaran pertama di pentas antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Pada edisi 2020 lalu, Denmark melangkah hingga ke separuh akhir sebelum kalah kepada England dalam masa tambahan.

“Pasukan kali ini mempunyai kelebihan tersendiri di mana kami bertahan cukup baik dan miliki jentera serangan yang berbisa.

“Saya percaya kami boleh lakukan sesuatu apabila berdepan Jerman dan keyakinan itu memang kuat,” ujar Poulsen.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi persahabatan pada Jun 2021 yang menyaksikan Denmark dan Jerman terikat 1-1.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!