Habuan lumayan buat pemain Georgia

Para pemain meraikan kejayaan Georgia mara ke pusingan 16 Euro 2024. Foto Agensi
Para pemain meraikan kejayaan Georgia mara ke pusingan 16 Euro 2024. Foto Agensi
A
A
A

PARA pegawai dan pemain Georgia boleh mengukir senyum apabila bakal mendapat durian runtuh berjumlah AS$10 juta (RM47.1 juta) di atas kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2024 di Jerman.

Imbuhan lumayan itu ditawarkan oleh individu terkaya di negara itu, Bidzina Ivanishvili.

Malah beliau berkata, jumlah tersebut bakal meningkat sekiranya Georgia mampu mengalahkan Sepanyol pada pusingan 16 terbaik dan mara ke suku akhir.

“Tambahan AS$4.9 juta (RM23.1 juta) bakal menanti pasukan jika mampu menumbangkan Sepanyol," katanya.

Ivanishvili. Foto Agensi
Ivanishvili. Foto Agensi

Kemenangan 2-0 Georgia ke atas Portugal pada Khamis merupakan kejayaan bersejarah dalam penampilan pertama negara itu pada kejohanan utama antarabangsa.

Georgia akan membuat perhitungan dengan Sepanyol di Stadium Rhein Energie pada Isnin.

Ivanishvili terkenal di Georgia kerana pernah memegang jawatan selaku Perdana Menteri negara itu sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Georgia berjaya melepasi peringkat Kumpulan F selepas mengejutkan Portugal 2-0 dalam aksi terakhir kumpulan untuk meraih slot terakhir selaku empat pasukan terbaik di tangga ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!