270 warga asing ditahan, 235 kenderaan disita di Terengganu

Mohd Zamri (tengah) melihat motosikal yang disita.
Mohd Zamri (tengah) melihat motosikal yang disita.
A
A
A

KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 994 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan di seluruh negeri bermula Januari hingga Mei lepas.

Pengarahnya, Mohd Zamri Samion berkata, ia melibatkan 270 tangkapan warga asing dari pelbagai negara termasuk Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

Mohd Zamri (tengah) ketika sidang akhbar
Mohd Zamri (tengah) ketika sidang akhbar

"Kita juga menyita 235 kenderaan termasuk kereta, lori dan motosikal yang ada dipercayai dibeli atau disewa daripada sindiket atau penduduk tempatan.

"Hasil risikan di beberapa lokasi mendapati pelbagai kesalahan dilakukan oleh warga asing berkenaan terutama tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL), tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan lain-lain kesalahan teknikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Pewa di pekarangan JPJ Daerah Kemaman sini, pada Jumaat.

Antara warga asing yang ditahan Ops PeWA yang diadakan selama dua hari bermula Khamis lepas.
Antara warga asing yang ditahan Ops PeWA yang diadakan selama dua hari bermula Khamis lepas.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri menyatakan Ops PeWA yang diadakan selama dua hari bermula Khamis lepas susulan aduan orang awam berikutan kebanjiran warga asing yang membawa kenderaan tanpa memiliki dokumen sah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, seramai 76 anggota terdiri daripada 60 anggota dari JPJ, 16 anggota Polis Diraja Malaysia dan 10 anggota Jabatan Imigresen Malaysia.

"Melalui beberapa risikan mendapati wujud warga asing yang tidak memiliki lesen dan kelayakan memiliki kenderaan berleluasa sekitar Kemaman.

"Seramai 88 warga asing yang ditahan dalam operasi dijalankan dan kebanyakan mereka ditahan atas pelbagai kesalahan terutamanya tidak memiliki lesen memandu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Zamri berkata, kebanyakan kenderaan yang dipandu oleh warga asing merupakan milik warga tempatan.

"Jadi saya menyeru kepada semua pemilik kenderaan supaya tidak membenarkan kenderaan persendirian dimiliki oleh warga asing kerana tindakan juga boleh diambil terhadap mereka akibat kesalahan tersebut," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!