[VIDEO] Pembangunan tanggungjawab kerajaan bukan wakil rakyat - Mohd Amar

A
A
A

KOTA BHARU - Alasan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pakatan Harapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang menyatakan pengundi rugi jika memilih pembangkang pada PRK itu tidak munasabah, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, projek pembangunan merupakan tanggungjawab kerajaan bukannya wakil rakyat.

Nik Amar
Nik Amar

Beliau berkata, kerajaan mungkin boleh menyekat peruntukan peribadi wakil rakyat tetapi projek pembangunan dalam setiap kawasan menjadi tanggungjawab mereka.

"Mana-mana tempat pun kerajaan yang buat (pembangunan), tidak bermakna bila pembangkang jadi wakil rakyat, pembangunan akan tersekat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nik Amar (tengah) bertemu dengan orang ramai yang hadir mendengar ceramah agama di Medan Ilmu.
Nik Amar (tengah) bertemu dengan orang ramai yang hadir mendengar ceramah agama di Medan Ilmu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohamad pada Khamis bahawa tiada dana yang akan diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sepertimana yang diterima ADUN jika pengundi memilih calon Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai nanti.

Beliau memberitahu, wakil rakyat menyampaikan suara rakyat dan memastikan kebajikan mereka dijaga.

"Hari ini kita fikir, wakil rakyat yang kena buat projek, mana boleh... itu tugas kerajaan bukan wakil rakyat," katanya.

Mohd Amar yang juga Speaker Dewan DUN Kelantan turut memberi contoh beberapa kawasan seperti Seputeh dan Bukit Bintang yang diduduki pembangkang tetap maju.

"DAP yang menduduki kawasan berkenaan sebelum ini merupakan pembangkang tetapi kedua-duanya membangun," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!