11 GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia

Taktik 11 GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah pusat hiburan berjaya dibongkarkan dalam serbuan Imigresen Perak. Foto ihsan Imigresen Perak
Taktik 11 GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah pusat hiburan berjaya dibongkarkan dalam serbuan Imigresen Perak. Foto ihsan Imigresen Perak
A
A
A

IPOH - Sebuah pusat hiburan dipercayai menggajikan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing digempur Jabatan Imigresen Malaysia Perak di sini pada Khamis.

Serbuan Op Gegar yang dijalankan sepasukan 38 penguat kuasa sekitar jam 11.30 malam itu berjaya menemui 11 wanita bersembunyi dalam bilik rahsia di premis berkenaan.

Pengarah Imigresen Negeri, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan, pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi.

"Operasi selama dua jam itu, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 32 orang warga negara asing yang berada di premis hiburan tersebut.

Meor Hezbullah menyertai Op Gegar di sebuah premis yang menggajikan GRO warga asing pada Khamis. Foto ihsan Imigresen Perak
Meor Hezbullah menyertai Op Gegar di sebuah premis yang menggajikan GRO warga asing pada Khamis. Foto ihsan Imigresen Perak

"Pemeriksaan lanjut mendapati sembilan wanita warga Thailand dan dua warga China berusia 21 hingga 37 tahun itu ditahan kerana melakukan pemeriksaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua GRO terbabit ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan berada di tanpa pas yang sah serta Seksyen15(1)(c) akta yang sama kerana telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, siasatan dilakukan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!