Anwar sedih atas pemergian Prof Chaiwat

Prof Chaiwat Satha-Anand
Prof Chaiwat Satha-Anand
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Prof Chaiwat Satha-Anand, seorang peguam bela keamanan terkenal dan pengasas Pusat Maklumat Keamanan Thailand (TPIC).

Menerusi catatan di Facebooknya pada Jumaat, Anwar berkata, Chaiwat yang merupakan ahli fakulti berilmu dan dihormati di Universiti Thammasat, mendedikasikan hidupnya untuk menangani isu tanpa kekerasan, penyelesaian konflik melalui dialog dan belas kasihan.

Beliau berkata, ajaran, tulisan, dan komitmen Chaiwat yang tidak berbelah bahagi ke arah usaha keadilan telah membantu kehidupan banyak individu merentasi sempadan selain membantu merapatkan jurang.

"Ketika saya mengucapkan takziah kepada insan yang luar biasa ini, saya berasa tenang dengan legasi yang ditinggalkannya.

"Semoga jasa dan pengorbanan beliau memberi inspirasi selama-lamanya kepada kita untuk memperoleh jalan keamanan, persefahaman dalam menghadapi kesukaran serta membina dunia yang mementingkan keharmonian dan rasa hormat,” kata Anwar.

Dilaporkan, Chaiwat, 69, meninggal dunia akibat kanser semalam.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!