Diliwat pelukis tatu: Polis kenal pasti bahan digunakan terhadap mangsa

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa liwat oleh pembuat tatu setelah dia tidak sedarkan diri apabila disapu minyak oleh suspek.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa liwat oleh pembuat tatu setelah dia tidak sedarkan diri apabila disapu minyak oleh suspek.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung bahan digunakan terhadap seorang lelaki yang dipercayai diliwat pelukis tatu di sebuah premis dekat Sungai Way, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian dijalankan meliputi setiap aspek.

"Fokus utama polis adalah mengenal pasti bahan digunakan suspek sehingga mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri.

"Selain itu, polis turut mengambil sampel asid deoxyribonucleic (DNA) mangsa untuk siasatan selanjutnya," katanya pada Jumaat.

Katanya, semakan lanjut turut dijalankan melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa liwat oleh pembuat tatu setelah dia tidak sedarkan diri apabila disapu minyak oleh suspek.

Dalam kejadian jam 9.30 malam pada Selasa, mangsa berusia 24 tahun itu masuk ke sebuah premis bagi membuat tatu bunga di tangan.

Suspek berumur 37 tahun kemudian ditahan kira-kira jam 12.05 tengah malam. Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod lampu bersabit kes jenayah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!