Sun Life perkenal papan permainan celik kewangan

Ketua Pegawai Pemasaran Sun Life Malaysia, Tricia Loh (kiri), Ketua Pegawai Pengedaran dan Pemasaran Sun Life Malaysia, Alvis Wee (tengah) dan Ketua Pegawai Penjagaan dan Jurulatih Utama Kekayaan Kehidupan Kanak-Kanak, Adeline Ten (kanan) di Majlis Pelancaran Permainan Papan Celik Kewangan 'InsureLit: Earn, Save and Protect' pada Jumaat.
Ketua Pegawai Pemasaran Sun Life Malaysia, Tricia Loh (kiri), Ketua Pegawai Pengedaran dan Pemasaran Sun Life Malaysia, Alvis Wee (tengah) dan Ketua Pegawai Penjagaan dan Jurulatih Utama Kekayaan Kehidupan Kanak-Kanak, Adeline Ten (kanan) di Majlis Pelancaran Permainan Papan Celik Kewangan 'InsureLit: Earn, Save and Protect' pada Jumaat.
A
A
A

SUN Life Malaysia memperkenalkan papan permainan celik kewangan baharu iaitu 'InsureLit: Earn, Save and Protect' bagi meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan insurans.

Ketua Pegawai Pengedaran dan Pemasaran, Alvis Wee berkata, ia bertujuan untuk menjadikan pembelajaran berkaitan kewangan menjadi lebih menarik, interaktif dan menyeronokkan kepada golongan tersebut.

"Melalui bermain permainan ini, kami berharap kanak-kanak mendapat pemahaman lebih baik tentang konsep 'Save, Earn and Protect' termasuk perancangan kewangan menerusi kaedah tersebut kerana ia mudah untuk difahami.

"Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk membantu orang ramai memanfaatkan kemudahan (urus kewangan dan insurans) yang ada. Pepatah Melayu ada menyebut 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Jadi inilah yang kami sedang usahakan," katanya ketika Majlis Pelancaran Permainan Papan Celik Kewangan 'InsureLit: Earn, Save and Protect' pada Jumaat.

Menurut Alvis, permainan berkenaan memberi penekanan khusus terhadap kepentingan perlindungan insurans dan takaful yang merupakan elemen penting dalam kesihatan serta kewangan.

Sun Life Malaysia berharap kanak-kanak mendapat pemahaman lebih baik tentang konsep 'Save, Earn and Protect' termasuk perancangan kewangan menerusi kaedah tersebut kerana ia mudah untuk difahami.
Sun Life Malaysia berharap kanak-kanak mendapat pemahaman lebih baik tentang konsep 'Save, Earn and Protect' termasuk perancangan kewangan menerusi kaedah tersebut kerana ia mudah untuk difahami.

Ujar beliau, inisiatif itu dilaksanakan di bawah Kempen InsureLit syarikat dan ia seiring dengan misinya iaitu membina negara berdaya tahan kewangan menerusi tabiat pengurusan kewangan yang positif.

"Mereka akan mempelajari kepentingan menyimpan wang untuk keperluan dan matlamat masa depan serta strategi simpanan asas seperti berbelanja dengan bijak termasuk menyimpan ketika kecemasan

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia bertujuan untuk membangunkan kesedaran etika dan kemahiran berfikir secara kritis serta mempelajari kaedah dalam membuat keputusan yang memberi manfaat kepada diri serta komuniti," jelasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya akan mengadakan bengkel berkaitan permainan papan tersebut di 25 sekolah rendah sekitar Lembah Klang dengan kerjasama MyPerintis bermula Julai hingga Disember akan datang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penjagaan dan Jurulatih Utama Kekayaan Kehidupan Kanak-Kanak, Adeline Ten memaklumkan, konsep permainan tersebut diilhamkan daripada senario dan pengalaman sebenar dalam kewangan dan kehidupan.

Tambah beliau, bukan mudah untuk mengajar dan melatih kanak-kanak memahami mengenai kewangan dan insurans jadi menerusi permainan terbabit ia akan membantu mereka.

"Kami tahu bahawa alat bersifat interaktif dan menarik diperlukan untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep kewangan ini dan kepentingan membuat keputusan yang betul.

"Papan permainan disediakan dalam dua versi iaitu Edisi Junior bagi kanak-kanak berusia 9 tahun ke atas dan Edisi Lanjutan untuk pemain 18 tahun ke atas," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!