Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR

Dua buah motosikal rosak dihempap pokok dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat.
Dua buah motosikal rosak dihempap pokok dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat serta angin kuat mengakibatkan dua motosikal rosak dihempap pokok dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Jumaat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Remi Che Hat berkata, pihaknya menerusi Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.59 petang.

"Pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Titiwangsa dengan kekuatan lima anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok tumbang telah menghalang laluan pejalan kaki dan menghempap dua motosikal jenis Honda RS dan Honda ADV," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba mengalihkan pokok yang tumbang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat.
Anggota bomba mengalihkan pokok yang tumbang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Jumaat.

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang terlibat ketika kejadian berkenaan.

"Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!