Rasuah projek lebuh raya: Ketua penolong pengarah pula ditahan

Seorang ketua penolong pengarah ditahan SPRM, manakala empat lagi disambung reman untuk siasatan kes rasuah projek siasatan kes rasuah projek lebuh raya.
Seorang ketua penolong pengarah ditahan SPRM, manakala empat lagi disambung reman untuk siasatan kes rasuah projek siasatan kes rasuah projek lebuh raya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua penolong pengarah badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, untuk siasatan kes rasuah projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Lelaki itu dipercayai turut menerima rasuah lebih RM146,000 daripada satu syarikat sebagai dorongan mendapatkan kerja-kerja bagi projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

"Suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat sebagai balasan bagi mendapat kontrak kerja membabitkan pembinaan sebuah lebuh raya," katanya pada Jumaat.

Tambah sumber, perintah reman selama empat hari sehingga 1 Julai terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan permohonan SPRM untuk menyambung reman empat suspek termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya selama empat hari bermula Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap seorang lagi suspek serta penyambungan reman terhadap keempat-empat suspek berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sembilan individu ditahan secara berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.

Tiga individu termasuk CEO bergelar Datuk dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman empat hari sehingga 28 Jun, manakala lima individu direman tiga hari sehingg 27 Jun.

Seorang lagi individu pula direman tiga hari sehingga 28 Jun.

Kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat yang mengambil alih kerja-kerja di dua projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan kira-kira RM670 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!