Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tidak berubah berbanding dolar AS apabila pelabur dan peserta pasaran mengambil sikap berhati-hati ketika menunggu pengumuman indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat malam ini.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit diniagakan dalam julat sempit sepanjang hari ketika pasaran menunggu pengumuman indeks harga PCE.

"Indeks harga PCE mengukur purata perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh isi rumah AS. Ia adalah penunjuk utama inflasi yang dipantau rapi oleh Rizab Persekutuan untuk hala tuju dasar monetari mereka.

"Konsensus dalam kalangan penganalisis kewangan, pakar ekonomi dan peserta pasaran menjangkakan indeks harga PCE akan turun daripada 2.7 peratus kepada 2.6 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi sedikit berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9345/9365 daripada 2.9383/9404 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9639/9676 daripada 5.9643/9681 tetapi susut berbanding euro kepada 5.0494/0526 daripada 5.0452/0484 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit adalah lebih rendah berbanding mata wang di negara-negara Asean.

Artikel Berkaitan:

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4792/4816 daripada 3.4761/4788, jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8508/8646 daripada 12.7874/8015, menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 287.9/288.3 daripada 287.4/287.7 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.05 daripada 8.03/8.04 sebelum ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!