Tiada wabak AGE dikesan di Penampang

Dr Asits Sanna
Dr Asits Sanna
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiada wabak Acute Gastroenteritis (AGE) dikesan di Penampang dan taburan kes yang dilaporkan adalah bersifat sporadik.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata, pemantauan AGE telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Penampang pada Minggu Epid (ME) 24/2024 dan mendapati kes AGE sedikit melepasi paras bertindak yang telah ditetapkan.

"Oleh itu, PKK Penampang telah mengeluarkan surat dalaman untuk meningkatkan langkah kawalan.

"Taburan kes AGE yang dilaporkan adalah bersifat sporadik dan tiada wabak AGE yang dikesan. Pemantauan seterusnya pada ME 25/2024 menunjukkan kes AGE berada di bawah paras berhati-hati," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan surat yang tular di media sosial berhubung peningkatan kes AGE di Penampang.

Dr Asits dalam pada itu menjelaskan AGE merupakan satu keadaan di mana individu mengalami cirit birit lebih daripada tiga kali dalam tempoh masa 24 jam atau tanpa mengalami gejala lain seperti muntah, demam dan sakit perut.

"Sekiranya mengalami cirit-birit yang teruk, ia boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

"AGE boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau parasit dan sebagai pencegahan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama PKK Penampang akan terus memantau situasi kejadian kes AGE di semua fasiliti kesihatan di daerah Penampang dan perkembangan terkini dari semasa ke semasa akan dimaklumkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!