KLN pantau perkembangan gempa kuat di Peru

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana gempa bumi yang melanda republik itu, awal pagi Jumaat.

Menerusi kenyataan, KLN memaklumkan pihak kedutaan juga giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya kementerian itu.

Tambah KLN, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Lima di alamat Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro atau nombor telefon (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 dan mwlima@kln.gov.my serta malawakillima@gmail.com.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," jelasnya.

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud melanda pantai tengah Peru jam 1.36 petang waktu tempatan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu melanda 8.8 kilometer dari daerah Atiquipa, meningkatkan ukuran magnitud pada peringkat awal sejurus selepas gempa bumi itu dilaporkan.

Peru mempunyai kira-kira 33 juta penduduk dan terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Artikel Berkaitan:

Negara itu dilanda ratusan gempa bumi yang dapat dikesan pada setiap tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!